Pages

18 September 2010

TEMPAHAN



Talam suji dan koleh kacang di tempah oleh Fazli dari Desa Pandan,ada makan2 dengan kawan2nya.Terimakasih banyak ye..

TEMPAHAN



Tempahan dari kak Sophie dari Keramat..talam suji dan 50 biji bluebery cheese tart dan sebiji kek karot..ada makan2 katanya.Selamat menjamu selera dan terimakasih kak..

UCAPAN

salam..saya dah balik dari cuti...berhari raya di kelantan dan terus ke cameron highlands,tapi x jadi duduk lama di cameron sebab cuaca x bangus,hujan gerimis dan x dapat nak jalan2 ke mana2...sampai gombak,badan rasa macam nak demam-

Di Cameron..saya terserempak dengan kawan sekerja saya dulu,sudah 14 tahun x jumpa..Abang Aziz kerja dekat Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Pada ibu2 yg sangat minat nak belajar kuih talam tu,saya akan emailkan dan sms tarikhnya nanti ye..maafkan saya,saya agak sibuk dengan urusan seharian.. kemas sana,kemas sini..orang harapan saya,Yatimah balik Medan,lama pula Yatimah ni bercuti..rindu dekat kamu.Dan pada ibu2 sekalian...sabar menanti ye..


Bye..

06 September 2010

UCAPAN

Salam...salam Aidil Fitri,buat anda yang menatap blog saya ni...dan mohon kemaafan sekiranya saya ada menyinggung perasaan anda dengan tulisan saya ini.Saya akan bergerak pulang ke tumpat,Kelantan sesudah subuh esok,lepas tu akan pulang sebentar ke kampung saya di felda Bukit Mendi,Triang Pahang.Nak menziarah saudara mara dan menziarah pusara ayahanda saya.hati2 memandu ye..

TEMPAHAN




Penutup... sepupu dan jiran2 dekat rumah punya biskut strawberry.dan maaf ye pada,jiran2 yg membuat penambahan oder, saya x mampu utk memenuhi permintaaa anda.Saya sedang berusaha keras utk menyiapkan baju dan tudung raya utk saya dan anak perempuan saya.harap saya sempat menyudahkannya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive