Pages

15 May 2011

CERITA CERITA













SeLAmAt HaRI GUru


( * __ * )....

Lagu khas untuk cikgu2 di seluruh Malaysia ...

dan termasuklah pada cikgu Azizah,yang pernah mencubit lengan akak sampai lobam,biru selama seminggu kot...masa tu akak darjah 1 pada tahun 1977...sebabnya akak dicubit sebegitu rupa kerana akak sangat gayat untuk naik diatas penimbang berat.Makanya akak naik atas penimbang tu sambil bergayut di papan hitam...kerana benggang dengan kejakunan saya itu..beliau telah menghadiahkan 1 cubitan yang menjadi kenangan untuk akak sampailah kini..kih kih...




Kak bersekolah disini mulai darjah 1 sehingga darjah 6 pada tahun 1977-1982...kami orang felda...hanya orang felda sahaja yang mengetahui bagaimana kehidupan kami pada masa itu..

Sangat seronok untuk di jadikan bahan cerita untuk anak2 akak..masuk kebun kelapa sawit ikut ayah dan mak akak bekerja,kerana kami sampai dikebun dari jam 9 pagi,bila dah jam 3 petang bekalan makanan pun dah habis akak dan abang akak makan..mak akak pun cari ubi kayu dan pisang nangka di kebun kami tu dan salai di unggun api...boleh le makan..sodap sangatlah masa tu..mak dan ayah pun kenal buah2 hutan yg boleh dimakan..maka berebutlah makan buah hutan yg pelik tapi sodap tu..

hai...alangkah indahnya jadi orang felda..

sekian aje untuk kali ini..byeee...

pengumuman

Saya dah tukar nombor telefon baru....mulai hari ni,jika ibu2 nak oder kuih bolehlah hubungi saya di nombar ini ye 019-2615599.

terimakasih...

TEMPAHAN

-talam keladi-gambar fail-


talam cendol-gambar fail-

Assalamualaikum...


yang ini tempahan dari kak Jah dari Taman batu muda..3 loyang talam keladi dan 3 loyang talam cendol..

Alahai...x sempat nak ambil gambar kuihnya,sbb tuan nya dah sampai,sedangkan saya baru memotong kuih2nya ni..Maafkan ye kak Jah...saya yang terlewat...hehe..simpankan rahsia saya tu ek..

Apa2 pun...kak Jah telefon..katanya kuih tu sodap dan siap nak masuk kelas lagi..baiklah...nanti saya nengok2 tarikh yang cantik ye..

terimakasih kak..( * v ^ )...





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive