Pages

30 May 2010

MARI MEMASAK




Salam..kelas hari ahad fizah dari jalan Kelang Lama minta nak belajar biskut raya Pakej 1.Semasa saya meniaga dahulu Fizah adalah salah seorang pengedar biskut raya buatan saya.Biskut strawberi dan london almond yang ini memang sangat laris,sampai penuh kereta fizah mengangkut biskut2 tu...lebih2 lagi biskut steawberi tu..tahun ni boleh lah buat biskut strawberi tu ye fizah..

29 May 2010

MARI MEMASAK



Salam...yang ini kelas hari jumaat Azie dari Pandan Indah dan Amy dari Klang..buat muffin coklat cip dan kek prune..Amy datang dari jauh..sbb nak belajar buat muffin,azie dah berkali2 ke rumah saya ni.Siap tempah tudung lagi..terimakasih ye dan jangan lupa balik nanti cuba buat ..

27 May 2010

MARI MEMASAK





kelas mari memasak hari khamis bersama Taty dari petaling Jaya dan kak Jurina dari kepong.buat karipap pusing,suji gula merah dan talam pisang.kak Ju x mau bergambar, makanya hanya Taty seorang sahaja..cuaca pun x berapa baik,hujan ribut nak turun,maka kak Ju permisi balik dulu..Ape2 pun terimakasih ye kerana sudi berguru lagi dengan saya.Maafkan kalau ada tersilap kata...

TEMPAHAN



blueberri cheese tart 50 biji,ditempah oleh Aju...adik ku..hehe.terimakasih ye.

25 May 2010

PENGUMUMAN

Salam..catatan ini khas utk wanita2 yang pernah menuntut ilmu dengan saya ye..

Baca dengan cermat ye. Pastri blueberry cheese tart dan fruits tart.untuk adunan separuh(50 biji) .Ambil sebiji telur dan dipukul sikit dengan garfu dan guna separuh sahaja telur tu.jangan guna semuanya ye.Kerana setelah doh itu di bakar.Anda x akan mampu menjamahnya,malahan ia akan bisa membuatkan gigi mu itu patah.Kecuali jika anda membuat 1 adunan(100 biji).gunakanlah sebiji telur...Doh akan dapat dikeluarkan dari acuannya,dengan mudah sahaja.Nor...anda x perlu menangis depan oven...ok..Selamat mencuba..


Untuk topping kek coklat pula.selain topping yang kita buat dulu.resepi ini boleh juga di gunakan ye.untuk sebiji kek,toppingnya macam ini pula ye...300gm coking coklat dan 200gm susu cair/susu sejat,nak guna whipping cream pun boleh.Masak secara double boiler.Bila dah cair ketepikan dahulu.biar adunan tu agak pekat sedikit,baru curahkan ke atas kek.Makeuplah kasi kemas sikit ye.Dilarang sama sekali mencurahkan coklat tadi semasa masih panas,kerana ia akan merayau2 nanti...kita juga yang susah.


itu aje...selamat mencuba..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive