Pages

25 May 2010

PENGUMUMAN

Salam..catatan ini khas utk wanita2 yang pernah menuntut ilmu dengan saya ye..

Baca dengan cermat ye. Pastri blueberry cheese tart dan fruits tart.untuk adunan separuh(50 biji) .Ambil sebiji telur dan dipukul sikit dengan garfu dan guna separuh sahaja telur tu.jangan guna semuanya ye.Kerana setelah doh itu di bakar.Anda x akan mampu menjamahnya,malahan ia akan bisa membuatkan gigi mu itu patah.Kecuali jika anda membuat 1 adunan(100 biji).gunakanlah sebiji telur...Doh akan dapat dikeluarkan dari acuannya,dengan mudah sahaja.Nor...anda x perlu menangis depan oven...ok..Selamat mencuba..


Untuk topping kek coklat pula.selain topping yang kita buat dulu.resepi ini boleh juga di gunakan ye.untuk sebiji kek,toppingnya macam ini pula ye...300gm coking coklat dan 200gm susu cair/susu sejat,nak guna whipping cream pun boleh.Masak secara double boiler.Bila dah cair ketepikan dahulu.biar adunan tu agak pekat sedikit,baru curahkan ke atas kek.Makeuplah kasi kemas sikit ye.Dilarang sama sekali mencurahkan coklat tadi semasa masih panas,kerana ia akan merayau2 nanti...kita juga yang susah.


itu aje...selamat mencuba..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive