Pages

28 April 2010

MARI MEMASAK





Salam...kelas mari memasak hari selasa bersama laily dari damansara...lepas ni boleh masukan menu talam keladi,talam pisang dan lapis jagung pula bila ade katering ye laily...kak ucapkan terimakasih dan selamat maju jaya..

27 April 2010

MARI MEMASAK



Salam...muffin ni ditempah oleh adik saya..dah teringin sangat nak makan muffinlah tu..hehe

26 April 2010

MARI MEMASAK



Salam...25/4/10 ahad,kak zai dari Pulapol dan Azie dari Pandan Indah nak belajar buat kek coklat dengan hiasan yang simple.x ade bunga2..Kek kukus ni memang moist,sodap...Nanti cuba buat ye Azie dan kak Zai...jangan simpan dalam fail je resepi tu...hehe...Hari cuti sabtu dan ahad ni bolehlah test power kaaannn...


Minat ke?...carilah kak lina,saya sedia membantu...InsyaAllah..0132899447

25 April 2010

MARI MEMASAK


Kisah si talam pisang....


Salam ahad...hari ni saya nak cerita mengenai talam pisang..rupanya kurang menarik,tetapi ada peminatnya sendiri.Emmmm...ok,masa saya meniaga dulu.. adalah seorang wanita..umurnya dalam lingkungan lewat 30an..dia datang dekat dengan saya,agaknya nak bertanya..tapi macam ragu2 kot...Dia sambil menundukan kepala kearah saya dan cakap..."Awak ni orang Banjar ke?..Ni kuih orang Banjar ni...susah nak jumpa.Orang tua2 dulu je yang pandai buat kuih ni"


Laaaa....nak tanya pasal kuih je...hehe.(dalam hati jelah ye).Eh...bukan. saya orang Bukit Mendi,Pahang.."Macam mane awak boleh pandai buat kuih ni..."inilah antara kisah kuih muih saya ni...

Talam Pisang ...hanya laris di kalangan mereka yang berusia je..ok..Kadang2 pelanggan ni memang peramah sangat...dan selalulah kuih muih saya ni disamakan dengan zaman silam mereka."Kuih ni hanya ada zaman saya kecik dulu"..."x sangka awak pandai buat..."orangnya muda dan lawa pulak tu"(itu ayat paling biaso den dongar).Takut jugak tu...kang isteri dio menjoling kek den,payah pulak kang...semuanya pasal Talam Pisang ni haaa..

Sebagaimana larisnya kuih talam ni,begitu jugaklah larisnya biskut2 raya saya tu...Dipasar Tani saya berniaga biskut raya,1 hari mula jam 7.00 pagi sampai 12.00 tengahhari,saya boleh dapat RM1700-RM2100.Sampai kembung poket ni kiri kanan..Dirumah pula para ejen2 datang ambil biskut tu jual dimerata2.itu kisah lama...sekarang dah pencen dah..cerita pasal talam pisang pula ye..

Talam pisang ni,selalunya saya buat adunannya agak lembik sedikit...peminatnya suka...Almaklumlah peminatnya rata2 dah bergigi palsu dan dah banyak yang hilang gigi...hehe



22 April 2010

MARI MEMASAK



salam...hari khamis pula Ina dari Kerinchi..nak belajar 4 jenis talam sekaligus,talam suji durian,suji gula merah,lapis ubikayu dan talam cendol...Amacam Ina,penat x?...hehe

Anda minat?...hubungi saya lina 0132899447

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive