Pages

21 May 2011

MARI MEMASAK





Assalamualaikum..

Hai...apekhabar...hari ni ada permintaan kelas masak2...wan minta nak belajar buat karipap pusing dan apam butter.Lepas ni boleh le buat sendiri yek wan..

terimakasih yek..byee..

18 May 2011

RESEPI KEK


sumber resepi-chef Alan ooi




masa muda2 dulu kak rajin sangat pergi kelas buat kek,ini adalah resepi yang sodap yang pernah kak buat.Gerenti jadi..



:::::::KEK LAPIS PANDAN-PANDAN LAYER CAKE:::::::


kek span
250 sponge mix-ada di bakeri
4 biji telur A
50 gm air
1 sudu besar jus pandan
secukupnya warna hijau apple
65 majerin cair/mentega/minya kelapa


Filling
500 gm santan/santan kotak
500 water
130 gm gula kastor-lebihkan kalau nak manis
85 gm hoen kwe flour
1 sudu besar instant jelly/kak guna agar kering,ambil separuh aje.
1 sudu teh pandan paste
pewarna hijau secukupnya


cara2nya

kek span
  • pukul sponge mis,telur ,air ,pandan jus ,pewarna hijau sehingga gebu,masukan minyak dan gaul rata.
  • loyang 9 inci,suhu 150c dan bakar selama 30 minit/masak...
  • potong pada 3 lapisan.




::::::filling::::::
  • campurkan kesemua bahan,masak sehingga agak pekat.ketepikan.
  • Ambil sedikit adunan filling masukan dalam acuan dan lapis kan kek,filing,kek,filing kek dan terakhir masukan filling.ratakan dan hentak perlahan..supaya rata.
  • biarkan beberapa jam.
  • bila filing tadi telah keras?...keluarkan kek tadi.
  • bolehlah dihias dengan kelapa kering atau pun whipping cream...memang sodap..
  • selamat mencuba..







17 May 2011

TEMPAHAN



Rezeki lagi...bluebery cheese tart tempahan dari jiran akak ...dapat juga akak membuat kelainan kan!...sebagai hadiah sempena sambutan hari guru..terimakasih ye..






15 May 2011

CERITA CERITA













SeLAmAt HaRI GUru


( * __ * )....

Lagu khas untuk cikgu2 di seluruh Malaysia ...

dan termasuklah pada cikgu Azizah,yang pernah mencubit lengan akak sampai lobam,biru selama seminggu kot...masa tu akak darjah 1 pada tahun 1977...sebabnya akak dicubit sebegitu rupa kerana akak sangat gayat untuk naik diatas penimbang berat.Makanya akak naik atas penimbang tu sambil bergayut di papan hitam...kerana benggang dengan kejakunan saya itu..beliau telah menghadiahkan 1 cubitan yang menjadi kenangan untuk akak sampailah kini..kih kih...




Kak bersekolah disini mulai darjah 1 sehingga darjah 6 pada tahun 1977-1982...kami orang felda...hanya orang felda sahaja yang mengetahui bagaimana kehidupan kami pada masa itu..

Sangat seronok untuk di jadikan bahan cerita untuk anak2 akak..masuk kebun kelapa sawit ikut ayah dan mak akak bekerja,kerana kami sampai dikebun dari jam 9 pagi,bila dah jam 3 petang bekalan makanan pun dah habis akak dan abang akak makan..mak akak pun cari ubi kayu dan pisang nangka di kebun kami tu dan salai di unggun api...boleh le makan..sodap sangatlah masa tu..mak dan ayah pun kenal buah2 hutan yg boleh dimakan..maka berebutlah makan buah hutan yg pelik tapi sodap tu..

hai...alangkah indahnya jadi orang felda..

sekian aje untuk kali ini..byeee...

pengumuman

Saya dah tukar nombor telefon baru....mulai hari ni,jika ibu2 nak oder kuih bolehlah hubungi saya di nombar ini ye 019-2615599.

terimakasih...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive