Pages

27 June 2010




Kelas Mari Memasak pada hari ahad buat blueberry cheese tart dan fruits tart bersama Kak Ani dari Cheras dan Kak Roziah dari Shah Alam.Nanti cuba buat ye..supaya x lupa.Terimakasih sudi datang Gombak ni dan maap ye kalau ade salah silap..

MARI MEMASAK





Kelas mari memasak hari sabtu bersama Rohana dari Shah Alam,Rafidah dari Pandan Indah dan Ida dari Pantai Dalam..Hari ni mereka buat lapis ubi kayu,lapis kastart jagung dan talam cendol.Selepas ini tiada lagi kelas 3 jenis talam,sebab masanya agak lama..Tapi hari ni walaupun kami buat 3 jenis kuih,kelas berakhir awal juga kan...wanita bertiga ni agak pantas buat kerja..hehe.Seronok bersama anda..maap ye kalau ade tersilap kata...

24 June 2010

MARI MEMASAK



salam...yang ini kelas hari khamis bersama Fizah dari jalan Klang Lama nak belajar buat koleh kacang dan talam suji durian...hari ni cuaca x berapa baik,Fizah bertolak balik dalam kehujanan..Nak menuntut ilmu talam sanggup hadapi cabaran...saya dah berkenalan dngan Fizah dah 8 tahun,kerana biskut raya..nanti cuba buat kuih tu ye...

23 June 2010

MARI MEMASAK



Kelas hari rabu...bersama 2 beradik Rohana dan Rohani dan juga Jurina dari Kepong(x mau bergambar)dah beberapa kali dtg Gombak ni..Kami buat lapis yg sangat mencabar ni..lapis ubi kayu dan lapis koleh kacang..Memang Hot di Pasar Tani..Ibu2...bawa bersabar ye bila buat kuih yg ini,kerana ia bisa buat anda menangis.ingat ye teknik2 yg saya ajar tu.walau apa pun ianya berbaloi...memang sodap..Hari ni langit menangis juga(hujan)... mekasih ye sudi datang Gombak ni..

22 June 2010

MARI MEMASAK




Salam...kelas hari selasa kak Normah dan Kak maimon dari kementerian kebudayaan dan Kesenian dan Jamilah dari selayang..Datang Gombak nak belajar buat talam suji Gula merah dan talam cendol..Jamilah ni minat meniaga,maklumlah orang muda... sementara kak maimon dan kak jamilah tengah buat persediaan... ape nak buat lepas pencen nanti ni...jangan banyak fikir kak..hadapinya dengan tenang..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive