Untuk menempah boleh wsapp, sms ke 0162336898 Lina. ambil tempahan di. Lot 46165, JALAN MANGGIS, TANAH GANTIAN KAMPUNG SUNGAI TUA, 68100 BATU CAVES, SELANGOR. -Sebelah SMK Sungai Kertas-
15 May 2011
CERITA CERITA
SeLAmAt HaRI GUru
( * __ * )....
Lagu khas untuk cikgu2 di seluruh Malaysia ...
dan termasuklah pada cikgu Azizah,yang pernah mencubit lengan akak sampai lobam,biru selama seminggu kot...masa tu akak darjah 1 pada tahun 1977...sebabnya akak dicubit sebegitu rupa kerana akak sangat gayat untuk naik diatas penimbang berat.Makanya akak naik atas penimbang tu sambil bergayut di papan hitam...kerana benggang dengan kejakunan saya itu..beliau telah menghadiahkan 1 cubitan yang menjadi kenangan untuk akak sampailah kini..kih kih...
Kak bersekolah disini mulai darjah 1 sehingga darjah 6 pada tahun 1977-1982...kami orang felda...hanya orang felda sahaja yang mengetahui bagaimana kehidupan kami pada masa itu..
Sangat seronok untuk di jadikan bahan cerita untuk anak2 akak..masuk kebun kelapa sawit ikut ayah dan mak akak bekerja,kerana kami sampai dikebun dari jam 9 pagi,bila dah jam 3 petang bekalan makanan pun dah habis akak dan abang akak makan..mak akak pun cari ubi kayu dan pisang nangka di kebun kami tu dan salai di unggun api...boleh le makan..sodap sangatlah masa tu..mak dan ayah pun kenal buah2 hutan yg boleh dimakan..maka berebutlah makan buah hutan yg pelik tapi sodap tu..
hai...alangkah indahnya jadi orang felda..
sekian aje untuk kali ini..byeee...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
- ► 2013 (116)
- ► 2012 (122)
- ▼ 2011 (151)
No comments:
Post a Comment