Untuk menempah boleh wsapp, sms ke 0162336898 Lina.
ambil tempahan di.
Lot 46165,
JALAN MANGGIS,
TANAH GANTIAN KAMPUNG SUNGAI TUA,
68100 BATU CAVES,
SELANGOR.
-Sebelah SMK Sungai Kertas-
talam keladi dan talam ubi kayu di tempah oleh adik saya bagi pihak bosnya,ada makan2 dekat opis.khabarnya bos adik saya ni adalah pelanggan saya,semasa saya meniaga di pasar tani dulu..terimakasih dan selamat menjamu selera..
Cream puff dan lapis pelangi ditempah oleh lin kawan sama opis adik saya juga..ada jamuan menyambut emak dan ayahnya pulang dari menunaikan haji..terimakasih Lin sudi datang gombak ni,syukur x sesat..jauh juga Bandar Sri Damansara tu..11 kilometer juga,sebab saya pernah juga merasa berulang ke Damansara masa kerja dekat Sekolah Bandar Sri Damansara 1 dulu..
Talam keladi ditempah oleh kak Jah dari Taman Batu Muda untuk kenduri aqiqah cucu sulungnya.maaf kak saya x dapat hadir.x dapat merasa kambing golek tu..
Talam keladi dan cream puff ditempah oleh Aliza dr Greenwood sempena majlis perkahwinannya.Sempat juga saya makan nasi minyak Liza..selamat pengantin baru ye..